Apakah Penghantaran?Anda boleh memilih platform digital yang disediakan untuk menghantar hasil pertanian kepada pelanggan

Apakah Pengangkutan?Anda boleh memilih platform digital yang disediakan untuk mengangkut hasil pertanian kepada pemborong, restoran dan sebagainya

Apa Itu eLadang

eLadang adalah program untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan dan teknologi digital secara rintis yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aktiviti pertanian.

Program Latihan eLadang

Peserta eLadang akan diberi latihan secara “hands-on” mengenai cara-cara menggunakan teknologi pintar dan penyelesaian digital yang boleh digunakan dalam aktiviti pertanian, termasuk aktiviti-aktiviti di sepanjang rantaian nilai aktiviti pertanian; bimbingan daripada “mentor”; implikasi kos dan padanan dana yang tersedia untuk membantu pembelian teknologi pintar dan melanggan perkhidmatan digital yang sesuai.

Pada masa ini, kami mempunyai empat (4) Makmal eLadang daripada yang merangkumi Sistem Fertigasi Pintar untuk Rock Melon di Teluk Mengkuang, Selangor; Sistem Fertigasi Pintar untuk Penanaman Cili di Sijangkang, Selangor, "Smart Misting for Hydroponic Low-Land Greenhouse" untuk Sayuran Berdaun di Kuching, Sarawak dan "Smart Aquaculture" untuk Penternakan Udang di Sg Nipah, Selangor.

Sesi latihan dijalankan setiap bulan.

Anda boleh mendaftar untuk menyertai kursus Pertanian Pintar yang dianjurkan oleh rakan strategik kami

Ketahui Lebih Lanjut